Walau bagaimanapun, para peminat yang sudah lama menantikan filem mereka dilihat semakin teruja apabila kedua-dua selebriti itu saling berbalas ciapan di laman Twitter baru-baru ini.
Sempena hari ulang tahun kelahiran Deepika pada 5 Januari lalu, Hrithik telah mengirim ucapan Selamat Hari Jadi kepada rakan baiknya itu.
Membalas dengan ucapan terima kasih, Deepika turut memberitahu dia tidak sabar menantikan sebuah lagi perayaan besar yang bakal menjelma dalam beberapa hari sahaja lagi.
Sehubungan dengan itu, para peminat dilihat membanjiri ruangan komen dan mula berspekulasi bahawa mereka akan mengumumkan filem baru bersama.Thank You so much HR!❤️
— Deepika Padukone (@deepikapadukone) January 7, 2021
Now for another big celebration coming up in a couple of days...!???@iHrithik https://t.co/oD2belXkVi
Make this movie happen queen pic.twitter.com/OxfNbVVpPq
— ? (@hoegenes) January 7, 2021
Yesss gimme that movie pic.twitter.com/EdZRRlhvJi
— Sampada⁷ ⟭⟬ (@sampadakhedaska) January 7, 2021
You guys do a movie together?❤❤ pic.twitter.com/O8OhR4bysO
— Shreya?? (@Shreya_Singh5) January 7, 2021
Walau bagaimanapun, ramai juga berpendapat bahawa Deepika memaksudkan tentang hari ulang tahun Hrithik yang disambut pada 10 Januari.And may I know when were going to see you on big screen together pic.twitter.com/si0oAJIYBm
— mo0on-light (@mo0onworld) January 8, 2021
I think she meant HR's bday. That's all.
— AKS (@marvelguy2019) January 7, 2021
Dalam perkembangan lain, Deepika masih menantikan tayangan filem sukan “83” yang dibintanginya bersama suami dan aktor Ranveer Singh. Tayangan filem arahan Kabir Khan itu masih tertangguh akibat COVID-19.His bday coming up
— Maria (@iam_maria22) January 7, 2021
Selain itu, Deepika kini terlibat dengan penggambaran filem Shah Rukh Khan, “Pathan” dan sebuah filem baru arahan Shakun Batra.
Sementara itu, Hrithik pula akan kembali sebagai watak adiwira terkenal Krishna Mehra dalam filem “Krrish 4” dan sekuel filem aksi pecah panggung, “War”.
(Sumber foto: Vogue India)