Nampaknya keterujaan para peminat untuk filem terbaru bintang Bollywood Shah Rukh Khan, "Pathan" kian memuncak apabila watak yang akan digalas oleh aktres Deepika Padukone kini didedahkan.
Seperti sedia maklum, "Pathan" adalah sebuah filem yang padat dengan dengan aksi, maka para peminat menjangkakan aksi-aksi lakonan hebat daripada para pelakonnya.
Sehubungan dengan itu, Deepika akan menyertai watak Pathan lakonan Shah Rukh Khan, sebagai ejen rahsia yang membantunya menyelesaikan sebuah misi besar.
"Ia sebuah kisah menarik mengenai dunia ejen-ejen perisikan dan Deepika akan berpeluang untuk melakonkan babak-babak aksi yang padat.
"Walaupun judulnya mengetengahkan Shah Rukh Khan, namun Deepika membawa watak serius, yang menyertai Pathan dalam sebuah misi.
"Sama seperti watak Zoya, lakonan Katrina Kaif, kepada watak Salman Khan, Tiger, dalam francais filem "Tiger"," dedah sumber yang dipetik dari Times of India.
Terdahulu, Shah Rukh Khan telah pun memulakan penggambaran pada pertengahan November, dan Deepika akan menyertainya bermula pertengahan Disember ini sehingga awal tahun hadapan.
Seperti yang dijadualkan oleh pihak produksi, kebanyakan babak aksi akan difilemkan di luar negara.
Selain Deepika dan Shah Rukh Khan, bintang terkenal John Abraham juga merupakan peneraju utama filem "Pathan", di mana dia diangkat sebagai watak antagonis.
Dalam perkembangan lain, Deepika akan tampil dalam filem sukan "83" bersama suaminya yang juga aktor, Ranveer Singh, serta sebuah filem arahan Shakun Batra yang masih belum diberi judul.
(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: Tokkoro.com)
Public Anonymous User
Wed Nov 25 2020


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!