Bintang Bollywood Deepika Padukone selesai menghadiri sesi soal siasat yang dikendalikan oleh Biro Kawalan Narkotik India (NCB) membabitkan kes dadah susulan kematian aktor Sushant Singh Rajput pada 26 September lalu.
Menurut laporan dari Zoom TV, Deepika, yang disoal siasat selama lima jam, dikatakan tidak dapat mengawal emosinya sehingga menangis sebanyak tiga kali.
Namun begitu, pihak NCB tidak mengendahkan Deepika, sebaliknya meminta isteri kepada aktor Ranveer Singh itu untuk tidak berpura-pura dan menceritakan perkara yang sebenar.
Terdapat spekulasi yang mengatakan Ranveer telah membuat rayuan kepada pihak NCB untuk membenarkannya menemani isterinya sewaktu sesi soal siasat berlangsung namun perkara itu belum disahkan.
Terdahulu, foto Deepika yang mengadakan sebuah parti di Mumbai pada 2017 tular di media sosial, termasuk pesanan ringkas berkenaan jual beli dadah menerusi aplikasi Whatsapp bersama pengurusnya Karishma Prakash.
Walau bagaimanapun, Karishma yang baru-baru ini dipanggil untuk membantu siasatan, telah pun memohon pengecualian atau penangguhan siasatan sehingga 25 September atas sebab masalah kesihatan.
Untuk rekod, Deepika merupakan salah seorang selebriti yang terbabit dengan soal siasat berkaitan kes dadah dalam industri Bollywood selain Rhea Chakraborty, Shraddha Kapoor, Sara Ali Khan, Rakul Preet Singh dan Simone Khambatta.
(Sumber: Zoom TV)
(Sumber foto: ebiopic.com)
Public Anonymous User
Mon Sep 28 2020


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!