Bintang India Selatan, Dhanush adalah aktor pertama dari industri perfileman itu untuk kembali menjalani penggambaran bagi filem Bollywood terbarunya "Atrangi Re" arahan Anand L. Rai.

Seperti yang dilaporkan menerusi Times of IndiaM, kumpulan produksi sudah pun menyambung penggambaran filem itu di Madurai, yang mana jadualnya dijangka berlangsung kira-kira 15 ke 20 hari.

Filem terbitan kerjasama tiga syarikat produksi yang turut menampilkan Akshay Kumar dan Sara Ali Khan sebagai watak utama itu dijadualkan untuk tayang pada 14 Februari 2021.

Ini merupakan kemunculan semula Dhanush dalam filem Hindi sejak membintangi filem "Shamitabh" lima tahun lalu, dan kerjasama semula dengan Anand L. Rai setelah tujuh tahun sejak filem "Raanjhanaa".

Difahamkan Dhanush akan memulakan penggambaran bagi sebuah filem aksi thriller Tamil arahan Karthick Naren sebaik sahaja penggambaran "Atrangi Re" selesai dijalankan pada Disember ini. Dalam perkembangan lain, Dhanush juga dilaporkan bakal membintangi sebuah filem aksi fantasi arahan Ram Kumar seperti yang diumumkan pada Januari lalu.

Filem berskala besar yang masih berada dalam proses pra-produksi itu akan melibatkan penggunaan kesan visual hampir sepenuhnya.

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: Indulge Express)