Dil Se Dil Tak (dari hati ke hati) adalah sebuah drama televisyen berbahasa Hindi yang bakal ditayangkan di Colors Hindi (Astro saluran 116) dengan sarikata Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Drama siri ini berdasarkan filem Bollywood 2001 Chori Chori Chupke Chupke.

Cerita ini pada mulanya memfokuskan pada kehidupan Parth (Sidharth Shukla) dan isterinya Shorvori (Rashami Desai), pasangan suami isteri yang bahagia yang tinggal di Baroda, yang hidupnya berubah ketika mereka memilih Teni (Jasmin Bhasin), seorang gadis muda yang ceria, untuk menjadi ibu tumpang kepada anak mereka. Seketika segitiga cinta berkembang, kisah ini berkaitan dengan nasib watak utama untuk tahun-tahun akan datang.

Siri ini mendapat populariti kerana gandingan dan keserasian Sidharth Shukla dan Rashami Desai. Bukan sahaja itu, siri itu turut mendapat populariti di seberang sempadan dan merupakan rancangan yang sangat popular di Pakistan.

Pasti ramai yang nanti-nantikan siri ini kan? Kalau ya, jangan lupa tontoninya mulai 24 Feb jam 9.30 malam, diikuti oleh setiap hari Isnin hingga Jumaat di Colors Hindi.