Aktres Disha Patani mendedahkan dirinya mempunyai perwatakan pemalu namun menolak tepi perasaan itu demi mengejar impian untuk menceburi industri perfileman Bollywood.
"Saya seorang yang pemalu, tetapi saya tolak tepi perasaan itu sewaktu bekerja. Saya hanya berperwatakan pemalu ketika bersosial. Memang saya tak dapat nafikannya. Ia adalah personaliti saya.
"Saya lebih gemar bersendirian dan duduk di rumah. Sejujurnya, saya tidak tahu bagaimana caranya untuk memulakan perbualan.
"Malah saya juga bukan kaki minum dan suka berparti. Saya seorang yang janggal," ujarnya yang dipetik dari Times of India.
Kenyataan yang diberi oleh aktres berusia 27 tahun itu dibuktikan menerusi persembahan-persembahan lakonannya dalam menjayakan filem-filem aksi seperti "Bharat", "Malang" dan "Baaghi 3".
Terdahulu, pengarah filem "Malang", Mohit Suri, turut memberitahu pada awalnya dia mendapati Disha lebih suka memendam perasaan, namun lama kelamaan semakin bersikap terbuka untuk berinteraksi dengannya.
Dalam perkembangan baru, Disha akan kembali bekerjasama dengan Mohit Suri dalam sekuel filem aksi "Ek Villain 2" terbitan Ekta Kapoor dan Bhushan Kumar, yang dijangka rilis pada tahun hadapan.
Selain itu, Disha juga mempunyai dua buah lagi filem baru dalam tangan iaitu "Radhe", di mana dia kembali berkongsi skrin dengan Salman Khan, dan "KTina" arahan Ashima Chibber.
(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: Disha Patani Instagram)
Public Anonymous User
Thu May 28 2020


Dhee Full Interview I Saravedi Talk

Manmadha Bullets Reloaded I Full Episode 2

Exclusive Interview with Krish I Saravedi Night

Manmantha Bullets Reloaded I Full Episode I EP 1

Bhagyalakshmi @ Suchitra I Full Interview I Saravedi Talk

Dato' Sri Siti Nurhaliza I Exclusive Interview | Astro Ulagam

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 4
Grab your murukku because Mama is about to make a shocking discovery.