Susulan krisis pandemik COVID-19 yang melanda dan arahan Perintah Berkurung kerajaan India, pembikin filem Ekta Kapoor memberi kerjasama untuk membantu pekerja-pekerja produksinya di Balaji Telefilms.

"Krisis Coronavirus ini sangat besar dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Kita semua perlu bekerjasama untuk mengurangkan beban orang ramai di sekeliling dan seluruh negara kita.

"Ia adalah keutamaan dan tanggungjawab saya yang paling penting untuk menjaga pekerja-pekerja yang bekerja di Balaji Telefilms.

"Juga kepada semua yang berdepan kerugian akibat penggambaran dalam keadaan ini dan segala kebarangkalian yang berlaku dalam tempoh yang tidak pasti ini," ujarnya menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram.

Sehubungan dengan itu, Ekta telah menyumbang sebanyak Rs 2.5 crore (kira-kira RM1.4 juta) daripada gajinya selama setahun untuk disalurkan kepada pekerja-pekerja tersebut.

Selain Ekta, antara selebriti yang turut sama melakukan sumbangan yang sama ialah Shah Rukh Khan, Akshay Kumar, Salman Khan, Varun Dhawan, Priyanka Chopra dan Hrithik Roshan.

(Sumber: Ekta Kapoor Instagram)
(Sumber foto: Ekta Kapoor Instagram)