Siri animasi televisyen "Little Singham" bakal menemui para peminat dengan episod-episod baru yang telah dihasilkan oleh studio animasi India terkenal Reliance Animation sepanjang tempoh Perintah Berkurung.
Ketua Pegawai Eksekutif Reliance Entertainment, Shibasish Sarkar mendedahkan, kumpulan produksinya sudah menjangka Perintah Berkurung akan dilaksanakan dan menyediakan bantuan infrastruktur bagi para pekerja.
"Kami berjaya menghasilkan episod-episod baru bagi "Little Singham" ketika semua siri 'live-action' sedang disiarkan semula. Ia adalah satu perkembangan yang positif," ujar Sarkar yang dipetik dari Mumbai Mirror.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi Reliance Animation, Tejonidhi Bhandare berkata, kumpulan produksi sudah menghasilkan lebih kurang 20 hingga 25 episod yang berdurasi 22 minit setiap satu.
"Kamu mengambil tempoh sepuluh hari untuk menyiapkan skrip, diikuti dengan proses animatik selama 15 ke 20 hari dan proses animasi selebihnya juga mengambil tempoh 15 ke 20 hari," dedah Bhandare.
Tambah Bhandare lagi, memandangkan kumpulan produksinya bekerja dari rumah, maka terdapat kekurangan pada kualiti animasi iaitu sebanyak sepuluh peratus, namun ia tidak memberi kesan besar kepada keseluruhan animasi tersebut.
Untuk maklumat lanjut, siri animasi yang disiarkan sejak 2018 ini merupakan sebuah 'spin-off' kepada filem aksi polis "Singham" terbitan Rohit Shetty, yang menampilkan aktor terkenal Ajay Devgn.
Diarahkan oleh Vikram Veturi, "Little Singham" memaparkan kehidupan Singham sewaktu kanak-kanak, yang berjuang menumpaskan penjenayah, raksasa dan makhluk asing untuk menyelamatkan bandarnya.
(Sumber: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: Suddenlink TV & Movies)
Public Anonymous User
Tue May 12 2020


Dhee Full Interview I Saravedi Talk

Manmadha Bullets Reloaded I Episode 2

Exclusive Interview with Krish I Saravedi Night

Manmantha Bullets Reloaded I Episode 1

Bhagyalakshmi @ Suchitra I Full Interview I Saravedi Talk

Dato' Sri Siti Nurhaliza I Exclusive Interview | Astro Ulagam

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 4
Grab your murukku because Mama is about to make a shocking discovery.