Setelah sedekad menyepikan diri, aktor Fardeen Khan mengumumkan dia kini bersedia untuk kembali aktif dalam industri perfileman Bollywood pada tahun hadapan.
Menurut Fardeen, ketika membuat keputusan untuk berehat pada 2010, dia tidak menjangka tempohnya akan menjadi begitu panjang.
Walau bagaimanapun, dia terpaksa akur dengan keputusan itu selepas berpindah ke London dan ingin berada di samping isterinya susulan mereka berdepan masalah untuk mendapatkan zuriat.
Namun bukan itu sahaja, kemunculan semula bintang filem "Shaadi No. 1" itu turut menimbulkan buah mulut ramai apabila susuk tubuhnya kelihatan lebih kurus berbanding sebelumnya.
"Apabila semakin berumur, kemerosotan tubuh juga ikut sama. Saya ingin menjadi lebih sihat jadi saya amalkan pemakanan sihat dan melakukan senaman.
"Saya telah susut 18 kg dalam tempoh enam bulan lepas, namun perjalanan saya dalam aspek ini masih berbaki 35 peratus.
"Kerja kami dalam industri memerlukan kami untuk tampil dengan penampilan paling menarik dan pasti kamu ingin yang sama," katanya yang dipetik dari India Times.
Terdahulu, anak kepada aktor veteran Feroz Khan itu pernah berdepan kecaman gara-gara penampilannya yang agak berisi namun dia mempertahankan diri dan menentang perkara negatif dari media sosial.
(Sumber foto: Bombay Film Production Instagram)
Public Anonymous User
Thu Dec 10 2020

Dive into Vijay Antony vs. Vijay Antony!
Let's unravel the layers of the fantabulous music director, singer, actor, producer – the man of many hats!
Day 7 Highlights
Day 3 Highlights
Day 6 Highlights
Day 4 Highlights
Day 1 Highlights
Day 5 Highlights
Day 2 Highlights
Astro Ulagam Deepavali TVC
Life's most precious moments deserve to be celebrated and cherished.
When life moves at a rapid pace, our memories can fade like sunsets.
As the festival of Deepavali draws near, witness the heartfelt journey of a loving son who becomes his mother's guardian, carrying their precious memories through the shadows of Alzheimer's. Let this heartwarming story be a reminder of what truly matters during this joyful festival. #SemmeDeepavali #astroulagam