Filem aksi Shah Rukh Khan “Don 2” genap mencecah sembilan tahun sejak tayangannya, di mana filem arahan Farhan Akhtar itu merekodkan kutipan pecah panggung susulan sambutan yang luar biasa daripada penonton.
Baru-baru ini tular bahawa filem ketiga iaitu “Don 3” akan direalisasikan, namun masih tiada pengesahan daripada pihak produksi.
Walau bagaimanapun, perkongsian terbaru Farhan bersempena ulang tahun ke-9 “Don 2” menyatakan sebaliknya apabila dia seakan memberi gambaran bahawa francais filem itu akan bersambung.

“Don 2” adalah sambungan kepada filem, “Don: The Chase Continues”, menampilkan barisan pelakon Bollywood seperti Shah Rukh Khan, Priyanka Chopra, Om Puri, Lara Dutta dan Kapoor Kunal.
Francais “Don” diilhamkan dari filem asalnya yang sama judul, “Don” (1978) yang dibintangi oleh bintang veteran Amitabh Bachchan dan Zeenat Aman sebagai watak utama.
Terdahulu, Farhan pernah menyuarakan hasratnya untuk menggandingkan Amitabh Bachchan dan Shah Rukh Khan dalam filem terbaru “Don”, dan mungkin tidak lama lagi penantian para peminat akan berakhir.

(Sumber foto: NewsBytes)