Filem komedi bersiri dibintangi Akshay Kumar iaitu "Housefull 4" arahan Farhad Samji dikatakan berkemungkinan akan menjadi filem komedi dengan bajet paling tinggi dalam dunia Bollywood.

"Filem itu dibintangi sekumpulan nama-nama besar iaitu Akshay Kumar, Riteish Deshmukh, Bobby Deol, Kriti Sanon, Kriti Kharbanda, Pooja Hegde, Rana Daggubati, Amanda Rosario selain Boman Irani dan Nawazuddin Siddiqui.

"Sebelum ini juga berlaku pertukaran pengarah dari Sajid Khan ke Farhad Samji dan kedua-dua mereka telah dibayar. Aktres Nana Patekar yang diganti selepas kontroversi turut dibayar," dedah satu sumber terdekat.

Selain itu, sumber berkenaan turut memberitahu bahawa produksi telah mendapat khidmat dua orang pakar sinematografi yang merakam dua buah era iaitu kurun ke-16 dan ke-21 memandangkan filem itu menceritakan era Baahubali sehingga kini.

Tambahan lagi, laporan dari India Today menyatakan terdapat tujuh orang penggubah muzik yang bekerja dalam menjayakan projek filem itu.

Salah satu perkara lagi yang menyebabkan ia menjadi filem komedi berbajet paling besar adalah sesi penggambaran semula yang dilakukan di beberapa buah lokasi yang berbeza.

Diterbitkan oleh Sajid Nadiadwala, filem "Housefull 4" dijadual untuk ditayangkan bermula 25 Oktober tahun ini.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber artikel: India Today)
(Sumber foto: Akshay Kumar Twitter)