Aktres Parineeti Chopra menyifatkan pembabitannya dalam filem biopik jaguh badminton India Saina Nehwal merupakan salah satu pengalaman terindah sepanjang kariernya.

"Ia adalah kenangan manis buat saya. Malahan, saya dah lama menantikan pengalaman seperti ini. Saya betul-betul rasa seperti menjalani kehidupan orang lain buat pertama kali dan ianya penting untuk mengenali seseorang itu.

"Bukannya saya tidak pernah bertemu Saina sebelum ini, tetapi ikatan yang terjalin ini sangat penting. Selama beberapa bulan, saya telah menjadi peminat setia Saina dengan hanya menonton videonya.

"Selepas itu timbul perasaan untuk mengenali dirinya yang sebenar. Kami berdua berasal dari Haryana dan mempunyai banyak persamaan. Itu yang membuatkan sebahagian perjalanan ini lebih mudah," katanya yang dipetik dari Times of India.

Dalam pada itu, Parineeti yang mengalami kecederaan leher ketika melakukan latihan badminton sebelum ini telah pun pulih sepenuhnya dan sudah kembali beraksi di gelanggang badminton.

Diarahkan oleh Amole Gupte, filem sukan ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Manav Kaul, Paresh Rawal, Karan Johar dan ramai lagi.

"Saina" bakal menemui penonton di pawagam pada 2020.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Parineeti Chopra Instagram)
(Sumber artikel: Times of India)