Aktres televisyen Hina Khan mengumumkan bahawa dia bakal membuat debut dalam industri Bollywood menerusi sebuah filem arahan Vikram Bhatt berjudul "Hacked".

"Hacked" merupakan sebuah naskhah thriller yang membongkar sisi gelap dunia digital dan bahaya jenayah siber yang menjadi salah satu isu utama di seluruh dunia.

""Hacked" menceritakan mengenai bahaya kehidupan dalam talian kita dan bagaimana butiran seseorang boleh didapati dengan hanya satu klik, tiada apa yang peribadi dan eksklusif," ujar Vikram.

Menurut laporan yang dipetik dari The Indian Express, Hina akan menggalas watak sebagai Sameera Khanna, seorang pengarang majalah fesyen yang data dalam taliannya telah digodam.

Selain Hina, filem itu turut menampilkan aktor Rohan Shah, Sid Makkar dan Mohit Malhotra yang turut menggalas watak-watak penting.

Penantian para peminat mengenai filem pertama aktres itu berakhir apabila dia mengumumkan ia akan dirilis di pawagam pada 31 Januari 2020.

Dalam pada itu, Hina juga terlibat dengan projek baru seperti "Damaged 2", sebuah siri web Hungama Play di mana dia akan bergandingan dengan Adhyayan Suman.

Selain itu, dia juga akan membintangi filem "Lines" arahan Hussain Khan serta filem arahan Rahat Kazmi berjudul "Wish List" bersama aktor United Kingdom Jitendra Rai.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Hina Khan Instagram)
(Sumber artikel: The Indian Express)