Sebelum ini berita mengenai adik kepada bintang terkenal Bollywood Katrina Kaif iaitu Isabelle Kaif bakal mengikut jejak langkah kakaknya hangat diperkatakan apabila dia bakal membuat debutnya di layar perak menerusi filem "Time to Dance".

Filem yang dibintangi oleh Isabelle dan Sooraj Pancholi sebagai peneraju ini secara tiba-tiba senyap tanpa sebarang berita terbaru dan ramai yang sudah menganggap filem itu tidak akan menjadi kenyataan.

Bagaimanapun, menurut laporan dari Masala masih ada harapan untuk filem itu direalisasikan tidak lama lagi.

"Hampir keseluruhan filem itu sudah selesai penggambaran. Hanya dua lagu sahaja tinggal untuk menjalani penggambaran.

"Kini, filem ini hanya dapat disiapkan sekiranya ada piahk berminat dengan projek ini. Ketika ini penerbit filem sedang melihat samada mahu kedua-dua pelakon utama ini beraksi dalam filem terbaru," ujar satu sumber yang dipetik dari Masala.

Tambah sumber itu lagi, dengan kejayaan tidak dijangka filem "Kabir Singh", pihak produksi iaitu T-Series berkemungkinan akan direalisasikan tidak lama lagi. Jadi sama-sama kita tunggu dan lihat.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber: Masala
Sumber foto: Times of India