Selepas filem terbaru lakonan Jacqueline Fernandez, "Mrs. Serial Killer", ditayangkan secara rasmi di portal penstriman video berbayar Netflix, ia mula dibocorkan oleh individu-individu tidak bertanggungjawab di Internet.
Menurut laporan dari Bollywood Life, pihak produksi sudah melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa dan kerajaan namun ia masih tidak dapat dihentikan pada ketika ini.
Secara tidak langsung, ia akan menjejaskan bilangan penonton dan prestasi filem tersebut. Sebelumnya, laman-laman sesawang cetak rompak berkenaan sering membocorkan filem-filem yang ditayang di pawagam.
Dalam pada itu, filem "Mrs. Serial Killer" telah menerima pelbagai maklum balas dan rumusan daripada para pengkritik filem dan penonton.
Malah bintang terkenal Salman Khan turut menyokong rakan selebritinya Jacqueline dan membantu mempromosikan filem tersebut menerusi laman Twitter.
Salman Khan -
Congratzz Jacky on your new show on Netflix! #MrsSerialKiller @Asli_Jacqueline pic.twitter.com/bBfWFDi2ti
- Salman Khan (@BeingSalmanKhan) May 1, 2020
Diterbitkan oleh kerjasama Farah Khan dan Shirish Kunder, filem thriller jenayah itu mengisahkan seorang wanita bernama Sona Mukerjee yang cuba menyelamatkan suaminya setelah dituduh sebagai pembunuh bersiri.
Dalam perkembangan lain, Jacqueline bakal kembali ke layar perak dengan filem aksi "Attack", yang mana dia akan digandingkan bersama aktor John Abraham.
Dijual tayang di pawagam pada 14 Ogos, kemungkinan besar filem arahan Lakshya Raj Anand itu akan ditunda ke tarikh baru berikutan pandemik COVID-19.
(Sumber: Bollywood Life)
(Sumber foto: Eastern Eye Biz)