Filem biopik "PM Narendra Modi" telah diharamkan ditayangkan buat sementara waktu dan diminta untuk menukar tarikh tayangan ke satu tarikh yang baru oleh Surahanjaya Pilihanraya di India.
Larangan tayangan bukan sahaja terhadap filem biopik mengenai perdana menteri India itu sahaja, malah kesemua filem biopik lain turut menerima nasib yang sama dan hanya dibenarkan ditayangkan selepas selesai pilihanraya Lok Sabha selesai.
Menurut laporan dari Bollywoodhungama, notis mengenai larangan itu telah diserahkan kepada pihak penerbit bagi memaklumkan mengenai perkara itu.
Filem "PM Narendra Modi" adalah sebuah filem biopik mengenai Perdana Menteri India ke-14 iaitu Shri Narendra Modi yang mengisahkan kehidupan ahli politik itu yang berkhidmat sebagai perdana menteri India sejak tahun 2014.
Diarahkan oleh Omung Kumar, ia menampilkan barisan pelakon hebat seperti Vivek Oberoi sebagai peneraju.
Kredit gambar: Telegraph India
mag
Thu Apr 11 2019


Dhee Full Interview I Saravedi Talk

Manmadha Bullets Reloaded I Episode 2

Exclusive Interview with Krish I Saravedi Night

Manmantha Bullets Reloaded I Episode 1

Bhagyalakshmi @ Suchitra I Full Interview I Saravedi Talk

Dato' Sri Siti Nurhaliza I Exclusive Interview | Astro Ulagam

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 4
Grab your murukku because Mama is about to make a shocking discovery.