Baru-baru ini terdapat media memuat naik foto bintang terkenal Katrina Kaif bersama aktres cilik Harshaali Malhotra yang pernah membintangi filem "Bajrangi Bhaijaan" di samping Salman Khan.

Foto itu diambil ketika Harshaali berpeluang untuk menemui idolanya, yang juga bekas kekasih Salman, di studio produksi Yash Raj Studio pada 2015, di mana Katrina memuji persembahan Harshaali dalam filem tersebut.

Foto Katrina Kaif -

Here's a #throwback picture of #KatrinaKaif with #SalmanKhan's #BajrangiBhaijaan co-star #HarshaaliMalhotra.

A post shared by Filmfare (@filmfare) on

Buat pengetahuan lanjut, "Bajrangi Bhaijaan" merupakan filem debut Harshaali yang kekal menjadi filem ikonik kegemaran ramai sehingga ke hari ini. Menerusi filem itu, Harshaali memegang watak sebagai Munni.

Diarahkan oleh Kabir Khan, ia mengisahkan seorang kanak-kanak bisu berasal dari Pakistan yang sesat di India. Dia kemudiannya dibantu oleh Pavan Kumar Chaturvedi untuk pulang ke kampung halamannya.

Untuk rekod, Harshaali merupakan satu-satunya yang berjaya dipilih daripada 5,000 orang kanak-kanak perempuan yang hadir ke sesi uji bakat filem tersebut.

Persembahan Harshaali dalam filem itu melayakkannya untuk tercalon dalam Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filmfare 2015, sekaligus menjadikannya aktres termuda yang tercalon dalam kategori tersebut.

Malah Harshaali turut dinobatkan sebagai Artis Kanak-Kanak Terbaik di Anugerah Star Guild, Anugerah Stardust dan Anugerah Skrin pada tahun yang sama.

Selain "Bajrangi Bhaijaan", Harshaali turut berpeluang untuk berlakon dengan aktor Arjun Rampal dan Meera Chopra menerusi filem "Nastik". Walau bagaimanapun, filem itu tidak dirilis di pawagam.

(Sumber: Filmfare)
(Sumber foto: Filmfare & Harshaali Malhotra Instagram)