Jika namanya selebriti, pasti tidak dapat lari dengan dunia glamor dan gaya fesyen terkini. Begitu juga dengan selebriti-selebriti Bollywood yang sentiasa berketerampilan kemas dan bergaya, terutamanya selebriti wanita. Ikatan kekeluargaan dalam dunia Bollywood sememangnya sangat erat, jadi tidak hairanlah ibu bapa, anak beranak dan adik beradik selebriti-selebriti ini sering dilihat bersama tak kira dalam filem mahupun di luar. Kali ini, jom kita lihat adik beradik selebriti Bollywood wanita dengan gaya fesyen mereka yang elegan dan ranggi!


Katrina Kaif sering sahaja memeriahkan acara karpet merah atau sesi bergambar dengan gaya fesyennya yang anggun dan menawan.
Namun perkara itu tidak disimpan sendiri, sebaliknya dikongsi kepada adiknya Isabelle Kaif yang kini
mengikut jejak langkah Katrina dan bersedia untuk membuat debut dalam industri perfileman Bollywood!

Biarpun mengakui mempunyai cita rasa fesyen yang berlainan, namun adik beradik Kajol dan Tanishaa Mukherjee
masih mampu menjadi ikon fesyen buat para peminat mereka. Kelebihan adik beradik ini
dalam menggayakan pakaian dengan cara tersendiri sememangnya unik!

'Kapoor sisters' Kareena dan Karisma meraih populariti mereka tersendiri dalam industri Bollywood sejak awal tahun 1990-an lagi.
Selain membintangi filem-filem pecah panggung, kedua-dua mereka merupakan salah satu ikon fesyen terkenal.
Tak kira apa sahaja jenis pakaian yang diperagakan, pastinya membuatkan semua terpukau!

Memiliki kejelitaan persis mendiang ibu mereka primadona Sridevi, Kushi dan Janhvi sering menarik perhatian para peminat dengan
gaya fesyen mereka di media sosial, tak kira kasual mahupun pakaian tradisional, mereka memakainya dengan penuh gaya!

Gandingan dua anak perempuan aktor Anil Kapoor iaitu Sonam dan Rhea Kapoor sememangnya sangat serasi, termasuk dalam bidang fesyen!
Cita rasa fesyen yang sama adik beradik ini akhirnya melahirkan jenama pakaian mereka sendiri iaitu RHESON.

Kecomelan Alia dan Shaheen Bhatt sememangnya tidak boleh dinafikan! Biarpun Shaheen jarang dilihat menemani Alia
ke mana-mana acara, namun semua mata pasti akan terpahat kepada dua beradik ini dengan gaya fesyen kasual mereka.

Selain berkongsi minat dalam gaya hidup sihat dan bakat tarian, Shilpa dan Shamita Shetty seringkali dilihat
bersama menghadiri majlis-majlis dan acara besar, lengkap bergaun yang mampu mempesonakan sesiapa sahaja!

Diva fesyen Bollywood adalah gelaran paling sesuai untuk diberikan kepada pasangan beradik Malaika dan Amrita Aurora.
Tak usah cakap banyak, lihat sahaja gaya fesyen mereka yang penuh elegan di acara-acara karpet merah.
Biarpun kedua-duanya sudah bergelar ibu, namun itu tidak menghalang mereka untuk terus beraksi di hapadan kamera!

Jika bapa mereka adalah ikon Bollywood Kamal Haasan, maka tidak hairanlah jika adik beradik Shruti dan Akshara mempunyai stail yang menarik.
Kedua-dua beradik ini tahu bagaimana caranya untuk menarik perhatian ramai dengan menggayakan apa-apa pakaian dengan penuh keyakinan!