Guru tarian Bollywood veteran Saroj Khan telah dikejarkan ke Hospital Guru Nanak di Bandra, Mumbai, pada Sabtu lalu selepas mengadu mengalami masalah sesak nafas.
Setelah menjalani rawatan dan ujian COVID-19, pihak hospital turut mengesahkan bahawa Saroj, 71, negatif COVID-19 dan tidak mengalami sebarang simptom wabak tersebut.
"Dia kini dalam keadaan stabil dan sedang pulih. Dia mengalami sesak nafas dan dikejarkan ke hospital. Ujian COVID-19 telah dijalankan dan keputusannya negatif.
"Dia tidak mengalami sebarang simptom. Kemungkinan dia akan dibenarkan pulang dalam sehari dua," dedah sumber yang dipetik dari India Today.
Untuk rekod, Saroj merupakan salah seorang guru tarian paling terkenal dalam industri Bollywood, di mana dia memulakan kariernya dengan mengajar gerak tari untuk filem "Geeta Mera Naam" (1974).
Nama Saroj semakin dikenali ramai selepas dia mengajar tarian lagu "Hawa Hawai" buat primadona Bollywood, Sridevi, dalam filem "Mr. India" (1987).
Pencapaian Saroj dibuktikan apabila lagu "Dola Re Dola" filem "Devdas" (2003), lagu-lagu filem "Sringaram" (2006), "Yeh Ishq Haaye" filem "Jab We Met" (2008) telah dinobatkan sebagai Koreografi Terbaik bagi Anugerah Filem Nasional.
Selain itu, dia turut memenangi beberapa Anugerah Filmfare bagi kategori sama untuk lagu-lagu filem seperti "Guru" (2008), "Devdas" (2003), "Chaalbaaz" (1990) dan "Tezaab" (1989).
(Sumber: India Today)
(Sumber foto: Pinkvilla)
Public Anonymous User
Wed Jun 24 2020


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!