Aktor Telugu Harshvardhan Rane, yang terkenal dengan filem "Thakita Thakita", dilaporkan telah menjadi pilihan bintang Bollywood John Abraham untuk menerajui filem baru terbitannya, "Bolo Sara Ra Ra".
Memetik laporan dari Bollywood Hungama, proses produksi filem romantik itu dijangka akan bermula pada Mac 2021, di bawah kerjasama syarikat produksi John Abraham Entertainment dan T-Series milik Bhushan Kumar.
Walau bagaimanapun, setakat ini kedua-dua syarikat produksi mahupun aktor itu sendiri masih belum mengesahkan berita tersebut.
Buat makluman lanjut, Rane sepatutnya membuat debut Bollywoodnya para 2015, menerusi filem "Satra Ko Shaadi Hai" yang turut diterbitkan oleh John, namun projek itu tidak diteruskan atas sebab-sebab tertentu.
Kegagalan projek itu tidak mengganggu persahabatan Rane dan John dan kini akhirnya mereka akan bekerjasama buat pertama kali secara rasmi jika filem "Bolo Sara Ra Ra" diteruskan.
Untuk rekod, Rane meneruskan debutnya di Bollywood menerusi filem "Sanam Teri Kasam" pada 2016, dan kemudiannya membintangi filem aksi perang "Paltan" pada 2018.
Dalam perkembangan lain, Rane baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem thriller misteri terbitan Aanand L. Rai, "Haseen Dillruba", yang turut dibintangi Taapsee Pannu dan Vikrant Massey.
(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: India Glitz)
Public Anonymous User
Tue Nov 10 2020


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!