Pasangan selebriti veteran Bollywood, Hema Malini dan Dharmendra teruja menyambut cucu mereka apabila anak pasangan itu, Ahana Deol, selamat melahirkan sepasang bayi perempuan kembar pada Khamis lalu.

Berita gembira itu telah dikongsikan oleh Hema sendiri menerusi laman Twitter miliknya pada Sabtu.

"Dengan sukacitanya saya ingin berkongsi berita gembira bahawa anak perempuan saya Ahana dan suaminya, Vaibhav Vohra telah dikurniakan sepasang bayi perempuan kembar.

suaminya, Vaibhav Vohra telah dikurniakan sepasang bayi perempuan kembar.

Seperti yang dilaporkan menerusi Filmfare, Ahana yang juga seorang penari terkenal, turut berkongsi kelahiran anak-anaknya menerusi laman Instagram miliknya.

"Kadangkala keajaiban datang dalam bentuk pasangan. Dengan penuh rasa syukur kami ingin mengumumkan kelahiran anak perempuan kembar kami Astraia dan Adea Vohra.

"Dilahirkan pada 26 November 2020. Ibu bapa yang berbangga Ahana dan Vaibhav Vohra. Abang yang teruja Darien Vohra. Datuk dan nenek yang teruja Pushpa dan Vivin Vohra, Hema Malini dan Dharmendra Deol," katanya.

Ahana dan Vaibhav berkahwin pada 2014 dan dikurniakan anak lelaki bernama Darien yang kini berusia enam tahun.

Kali terakhir Hema dilihat berlakon adalah menerusi filem "Shimla Mirchi", sementara Dharmendra pula bakal muncul dengan sekuel filem klasik "Apne 2" bersama Sunny dan Bobby Deol.

(Sumber: Filmfare)

(Sumber foto: Bollywood Shaadis & Rediff)