Bintang Bollywood terkenal Hrithik Roshan bakal kembali sebagai pakar Matematik Anand Kumar setelah Anand tampil mendedahkan perancangan tentang pembikinan sekuel filem "Super 30".
"Seperti mana saya pernah berbincang dengan Prof. Biju Mathew, saya juga telah berbincang dengan Sanjeev Dutta (penulis "Super 30") tentang bagaimana kami boleh hasilkan filem kedua. Perbincangan masih diteruskan.
"Filem ini harus lebih maju ke depan memandangkan filem "Super 30" hanya mengambil tempoh setahun selepas ia diterbitkan. Saya harus berusaha lebih keras," ujar Anand yang dipetik dari Bollywood Hungama.
Tahun lalu, filem "Super 30" mencipta fenomena apabila ia berjaya menerima sambutan luar biasa dan berakhir dengan kutipan memberangsangkan, serta diangkat sebagai filem dengan kutipan paling tinggi pada 2019.
Ia menceritakan kisah pakar Matematik dari Patna, Anand Kumar, yang menubuhkan program pendidikan di mana 30 orang pelajar tidak berkemampuan dipilih dan dilatih untuk menduduki peperiksaan kemasukan ke Institut Teknologi India (IIT).
Walau bagaimanapun, setakat ini barisan pelakon lain, termasuk pengarah untuk sekuel filem itu masih belum diumumkan memandangkan ia masih dalam perbincangan. Terdahulu, filem pertama digarap oleh Vikas Bahl.
Baru-baru ini juga, filem itu turut mencipta sejarahnya tersendiri apabila menjadi filem Bollywood pertama yang ditayangkan di Festival Filem India Antarabangsa (FFIA) Toronto pada 15 Ogos 2020.
(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: Bollywood Spy)
Public Anonymous User
Fri Aug 14 2020


Dhee Full Interview I Saravedi Talk

Manmadha Bullets Reloaded I Episode 2

Exclusive Interview with Krish I Saravedi Night

Manmantha Bullets Reloaded I Episode 1

Bhagyalakshmi @ Suchitra I Full Interview I Saravedi Talk

Dato' Sri Siti Nurhaliza I Exclusive Interview | Astro Ulagam

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 4
Grab your murukku because Mama is about to make a shocking discovery.