Pembikin filem terkenal Karan Johar mendedahkan aktor Hrithik Roshan pernah dipinggirkan oleh para pelakon "Kabhi Khushi Kabhie Gham..." ketika berada di set penggambaran filem ikonik itu.
Menurut Karan atau lebih dikenali sebagai KJo, punca situasi tegang itu berlaku gara-gara kejayaan filem "Kaho Naa... Pyaar Hai" yang diterajui oleh Hrithik, sekaligus menjadikan dia bintang baru yang terkenal di Bollywood.
Filem yang diterbit dan diarahkan oleh Rakesh Roshan itu merupakan debut Hrithik sebagai peneraju utama, dan media mula menggelarnya 'Hrithik Mania' sehingga terdapat pihak yang membandingkannya dengan Shah Rukh Khan.
"Ianya tidak adil kerana dia adalah junior pada ketika itu dan Shah Rukh Khan sudah pun menjadi bintang terkenal.
"Namun pada masa yang sama terdapat beberapa filem Shah Rukh Khan yang gagal dan media mula memberi perhatian kepada Hrithik.
"Situasi negatif yang timbul itu tidak diperjelaskan dan ianya sangat mengecewakan. Saya rasa ketika penggambaran, Hrithik memerlukan sedikit tunjuk ajar.
"Amitabh dan Jaya Bachchan tidak mempunyai keserasian dengannya. Shah Rukh Khan juga meminggirkan diri kerana semua yang berlaku. Kajol pula di pihak Shah Rukh Khan," ujarnya yang dipetik dari Hindustan Times.
Melihat ketegangan yang berlaku, KJo memberitahu dia memulakan persahabatan dengan Hrithik yang agak janggal berdepan dengan orang ramai pada ketika itu dan bangga melihat perubahan aktor tersebut pada masa kini.
Dalam perkembangan baru, Hrithik bakal kembali ke layar perak menerusi filem aksi adiwira terbaru "Krrish 4" yang kini masih berada dalam proses pra-produksi dan dijangka tayang pada 2021.
(Sumber: Hindustan Times)
(Sumber foto: Pikchar, Deccan Herald)
Public Anonymous User
Mon May 18 2020


Dhee Full Interview I Saravedi Talk

Manmadha Bullets Reloaded I Episode 2

Exclusive Interview with Krish I Saravedi Night

Manmantha Bullets Reloaded I Episode 1

Bhagyalakshmi @ Suchitra I Full Interview I Saravedi Talk

Dato' Sri Siti Nurhaliza I Exclusive Interview | Astro Ulagam

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 4
Grab your murukku because Mama is about to make a shocking discovery.