Ibu kepada bintang Bollywood terkenal Hrithik Roshan, iaitu Pinkie Roshan disahkan positif wabak COVID-19 dan kini mengkuarantinkan dirinya di kediaman mereka di Khandala.
Perkara itu dimaklumkan oleh suaminya, Rakesh Roshan, yang juga pembikin filem dan aktor Bollywood veteran, menerusi laporan The Indian Express pada Khamis.
"Pinkie tidak mengalami sebarang simptom (asimtomatik) dan dia sedang mengkuarantin diri di rumah. Dia juga akan membuat satu lagi ujian saringan pada Jumaat," katanya.
Difahamkan virus itu telah menjangkitinya kira-kira dua minggu lalu dan doktor memaklumkan rutin kecergasan yang diamalkan oleh Pinkie sedikit sebanyak membantu mengawal virus tersebut.
Sehubungan dengan itu, anak perempuan Pinkie, Suhaina dan cucunya Sunarika yang turut tinggal di kediamannya, serta ahli keluarga lain akan mengambil langkah berjaga-jaga dan mengambil ujian saringan.
Dalam perkembangan lain, Pinkie baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-67 pada Khamis, di mana keluarganya telah mengadakan sebuah majlis kecil di kediaman mereka.
(Sumber: The Indian Express)
(Sumber foto: India TV News)
Public Anonymous User
Sat Oct 24 2020


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!