Anak kepada bintang Bollywood terkenal Aamir Khan, Ira Khan akhirnya berani membuka mulut untuk membicarakan soal penceraian ibu bapanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Menerusi video itu, Ira berkongsi pengalamannya ketika mengalami depresi atau kemurungan tanpa mengetahui punca sebenar di sebalik masalah tersebut.
Walau bagaimanapun, penceraian ibu bapanya bukanlah punca kerana biarpun sudah berpisah ketika dia masih kecil, namun hubungan mereka sekeluarga masih berada dalam keadaan baik.
"Ibu bapa saya adalah ibu bapa yang sangat baik dalam membesarkan saya dan Junaid (abang), walaupun sudah bercerai. Bagi saya ia bukanlah sesuatu yang teruk. Ia adalah satu keistimewaan yang saya tak perasan.
"Mungkin ia sesuatu yang meninggalkan kesan dalam diri orang lain, tetapi ia tak menakutkan saya. Saya tak berapa ingat semuanya tetapi saya tak rasa penceraian ibu bapa saya menjadi masalah buat saya. Jadi tak mungkin ia adalah punca saya berasa sedih.
"Saya tak pernah berkongsi apa-apa masalah kepada orang lain kerana saya rasa saya perlu menanganinya sendiri, atau jika ia sesuatu yang lebih besar, orang lain memerlukan jawapan yang lebih baik dari sekadar "Saya tak tahu".
"Ia membuatkan saya merasakan saya perlu jawapan yang lebih baik sehingga saya dapat jawapan itu. Perasaan saya sepatutnya tak menjadi beban orang lain. Tiada masalah yang lebih besar untuk direnungkan terlalu lama.
"Masih ada rasa dalam diri saya yang mengatakan saya mengada-adakan cerita, yang saya tak perlu kecewa, yang saya tak mencuba sehabis baik, atau mungkin saya melebih-lebih," katanya.
Buat makluman lanjut, Aamir Khan dan Reena Dutta memfailkan penceraian pada tahun 2002 selepas 16 tahun mendirikan rumah tangga. Aamir kini berkahwin dengan penerbit dan penulis Kiran Rao.
Menerusi video sama, Ira turut mendedahkan bahawa dia pernah menjadi mangsa penderaan seksual seorang kenalannya ketika berusia 14 tahun, hingga dia mengalami kemurungan selama lebih empat tahun.
(Sumber foto: Ira Khan Instagram)
Public Anonymous User
Tue Nov 03 2020

Subramaniam Sooryapparad I Saravedi Talk
HEMANATHAN I Saravedi Talk
Capt Murthi I Saravedi Talk
Kabil Ganesan I Saravedi Games
Kabil Ganesan I Saravedi Talk
YBhg Datuk Dr. Ravee Packirisamy I Saravedi Talk
GS Tharmann I Saravedi Games
Tamil Amutham_Week 4
Recap of the top 20 contestants of the Tamil Pechu Potti competition: They will engage in a Face-Off Challenge during the corresponding week of the Saravedi Night.
In Week 4, Thamayanthyi and Pugalini competed to win the coveted title. The event is also available on Astro Go and On Demand.
In Week 4, Thamayanthyi and Pugalini competed to win the coveted title. The event is also available on Astro Go and On Demand.
Vaara Raasipalan I 17th September 2023 - 24th September 2023
Get ready to discover what the stars have in store for you! Don't miss Raasipalan, the weekly astrology program on Vaanavil every Sunday at 9am.
Social Experiment | Hari Malaysia | Astro Ulagam
Testing the Heart of Unity: Will Malaysians come to the rescue when someone is about to faint?
Watch the Hari Malaysia special social experiment to find out the result! Selamat Hari Malaysia, dear Malaysians!
#HariMalaysia60 #DemiNegaraku #astroulagam
Watch the Hari Malaysia special social experiment to find out the result! Selamat Hari Malaysia, dear Malaysians!
#HariMalaysia60 #DemiNegaraku #astroulagam