Selepas berehat lebih setahun bagi menjalani rawatan Tumor NeuroEndocrine, aktor terkenal Irrfan Khan dijangka bakal membuat kemunculan semula di layar perak menerusi sebuah filem terbaru terbitan Dinesh Vijan.

Menurut laporan dari Masala, berita mengenai perkara itu hangat diperkatakan selepas pelakon "Jurassic World" itu dilihat keluar dari pejabat penerbit itu.

Dinesh turut mengakui mengenai perkara itu dan berkata Irrfan sudah kembali dan bersedia untuk membintangi filem terbarunya, yang kini dalam proses akhir skrip sebelum memulakan penggambaran.


Dalam pada itu, Irrfan akan memulakan penggambaran filem "Hindi Medium 2" pada minggu hadapan, dengan Radhika Madan turut serta membintangi filem itu.

Malah aktres terkenal Kareena Kapoor juga dikatakan bakal turut membintangi filem itu bersama Irrfan.

Penggambaran filem sekuel itu akan dibuat di Amerika Syarikat.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.


Sumber foto: The Teal Mango and Youtube