Aktor terkenal Irrfan Khan teruja apabila mendapat sambutan positif daripada peminat semasa sesi penggambaran filem terbarunya "Angrezi Medium".

Menerusi sebuah video yang dimuatnaik di laman sosial Instagram miliknya, Irrfan dilihat dikelilingi peminat-peminatnya dari semua peringkat umur yang ingin bergambar di set penggambaran filem arahan Homi Adajania di Udaipur.

Tanpa memikirkan perasaan penat selepas bekerja, aktor yang cukup popular menerusi filem "Life of Pi" dan "Jurassic World" itu kelihatan gembira melayan semua peminat yang datang dari jauh untuk berjumpa dengannya.

Filem bergenre drama komedi itu akan ke layar perak pada 2020 dan merupakan sekuel bagi filem "Hindi Medium".

Aktor veteran berusia 52 tahun ini mempromosikan filem terbarunya dengan memuatnaik foto di set penggambaran melalui laman Twitter dengan kapsyen; "GMB sejak 1990. Ia pasti menyeronokkan untuk bercerita kisah baru "Angrezi Medium" yang akan ditayangan tidak lama lagi bersama Mr Champakji."

Filem ini merupakan filem pertama Irrfan selepas dirinya didiagnosis mengidap tumor Neuroendokrin. Irrfan akan memegang watak sebagai seorang pemilik kedai dalam filem ini.

Selain Irrfan, barisan pelakon lain yang akan turut membintangi filem ini ialah Radhika Madan dan Kareena Kapoor.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber foto: ScoopWhoop