Aktor muda Ishaan Khatter telah bersetuju untuk menerima tawaran membintangi sebuah filem romantik terbaru terbitan Ali Abaas Zafar.

Baru-baru ini aktor itu telah menarik diri dari membintangi filem adaptasi novel terlaris Salman Rushdie berjudul "Midnight's Children".

"Ishaan dan Ali telah berbincang mengenai filem itu dan semua perkara telah diatur. Ia merupakan sebuah kisah cinta.

"Penggambaran dijangka akan dimulakan pada hujung tahun ini dan akan dijalankan sepenuhnya Mumbai," jelas satu sumber terdekat menerusi laporan yang dari BollywoodLife.

Ali akan tampil sebagai penerbit serta membantu menulis skrip sekaligus memberi jawatan pengarah kepada penolong pengarahnya buat pertama kali.

Sumber itu turut memberitahu bahawa Ali suka akan skrip filem itu dan percaya ia satu perkara yang ideal untuk menjadi penerbit.

Pihak produksi kini sedang mencari pelakon wanita muda terkenal untuk digandingkan bersama Ishaan. Semua barisan pelakon akan ditetapkan dalam masa dua minggu.

Sebelum ini, Ishaan telah tampil membuat debut dalam dunia Bollywood melalui filem "Beyond the Clouds" arahan Majid Majidi.

Dia kemudiannya dipilih untuk membintangi filem romantik "Dhadak" bersama aktres Janhvi Kapoor yang diarahkan oleh Shashank Khaitan.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber artikel: Bollywood Life
Sumber foto: DNA India