Selepas memfailkan penceraian pada awal bulan ini, isteri kepada aktor Nawazuddin Siddiqui iaitu Aaliya mendedahkan dia telah didera secara fizikal dan mental oleh keluarga belah suaminya.
Menurut Aaliya atau nama sebenarnya Anjana Kishor Pandey, sudah lama dia memendam masalah rumah tangga yang dihadapi untuk memberi ruang kepada keluarga suaminya berubah ke arah yang lebih baik.
"Saya terpaksa mengambil keputusan ini. Nawaz tidak pernah naik tangan terhadap saya, tetapi pertelingkahan kami tidak boleh dibendung lagi.
"Keluarga dia terlalu banyak menyeksa saya dari segi fizikal dan mental. Malah adik lelakinya (Shamas Nawab) juga pernah memukul saya.
"Bertahun-tahun saya perlu hadapi semua ini. Isteri pertamanya juga meninggalkannya kerana sebab yang sama. Ia kejadian yang sering berulang dalam keluarganya.
"Terdapat tujuh kes yang dilaporkan oleh para isteri dalam keluarga mereka, dan empat penceraian telah berlaku. Ini adalah kali yang kelima," luah Aaliya yang dipetik dari The Indian Express.
Buat masa ini, Aaliya dan Nawazuddin tinggal berjauhan memandangkan aktor filem "Housefull 4" itu telah pulang ke kampung kediaman keluarganya di Budhana bagi menyambut hari raya.
Difahamkan Nawazuddin juga masih belum memberi sebarang maklum balas kepada Aaliya, seperti yang diberitahu oleh peguamnya.
Untuk rekod, pasangan itu mengenali antara satu sama lain pada 2004, disusuli dengan perkahwinan mereka pada 2009, dan kini mempunyai dua anak iaitu Shora dan Yaani.
(Sumber: The Indian Express)
(Sumber foto: Mens' Day Out)
Public Anonymous User
Thu May 21 2020


Dhee Full Interview I Saravedi Talk

Manmadha Bullets Reloaded I Episode 2

Exclusive Interview with Krish I Saravedi Night

Manmantha Bullets Reloaded I Episode 1

Bhagyalakshmi @ Suchitra I Full Interview I Saravedi Talk

Dato' Sri Siti Nurhaliza I Exclusive Interview | Astro Ulagam

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 4
Grab your murukku because Mama is about to make a shocking discovery.