Sudah 29 tahun sejak kita melihat Sanjay Dutt dan Salman Khan mengadap Madhuri Dixit di dalam filem 'Saajan' untuk pertama kalinya di layar lebar. Sekiranya anda dilahirkan pada tahun 90an, anda mesti sedia maklum betapa popularnya filem ini pada waktu tersebut. Sempena Hari Wesak ini (26 Mei), anda boleh menonton filem ini di Colors Hindi jam 10 malam di Astro, saluran 116. Sebelum itu, jom ketahui beberapa trivia menarik berkenaan filem ini:

1) Ia menjadi filem Bollywood terlaris tahun 1991

​2) Penggambaran filem itu diselesaikan dalam masa 36 hari, sesuatu yang tidak pernah didengari pada masa itu

3) Ia dibuat semula di dalam versi telugu yang dijudulkan 'Allari Priyudu'

4) Aamir Khan merupakan pilihan pertama untuk peranan Aman. Walaupun menyukai ceritanya, dia tidak dapat berhubung dengan watak itu sepenuh hati lalu menolaknya. Setelah penolakannya, Sanjay Dutt menerima tawaran filem tersebut.

5) Setelah dua dekad, pengarahnya juga telah merancang untuk membuat sekuel filem ini tetapi tidak ada sebarang pengesahan berkenaan niat itu sehingga sekarang

6) Nadeem-Shravan, pengarah muzik filem tersebut merangkul Filmfare Awards untuk pengarah muzik terbaik tahun tersebut. Album filem itu juga mencapai jualan tertinggi buat tahun itu.

Menarikkan trivia di sebalik filem ini? Jangan ketinggalan untuk menonton filem ini dengan seisi keluarga pada waktu getir ini. Sama sama duduk rumah layan Bollywood ok? :)

#Staysafe #StayHome