Aktres Jacqueline Fernandez telah mengesahkan dirinya bakal terlibat dengan sebuah filem terbaru bergandingan dengan John Abraham dan Rakul Preet Singh, tetapi dia tidak mendedahkan judul filem terbarunya itu.

Bagaimanapun laporan dari Bollywood Hungama pula mengatakan aktres itu dikhabar akan membintangi filem "Attack".

"Ia sebuah naskhah yang hebat. Saya sekali lagi akan bergandingan dengan John dan kami juga mempunyai Rakul dalam filem ini," ujarnya.

Ini merupakan kali ketiga Jacqueline bergandingan dengan John Abraham yang mana mereka sebelum ini pernah bergandingan dalam "Housefull 2" dan "Dishoom".

Terdahulu Jacqueline baru sahaja muncul dengan filem "Drive" yang ditayangkan di platform penstriman video popular Netflix mendapat sambutan positif daripada penonton.

Dalam perkembangan lain, selain pengesahan filem terbarunya itu aktres itu juga bakal muncul dengan sebuah lagi filem Netflix berjudul "Mrs. Serial Killer".

Jacqueline juga bakal muncul di layar perak menerusi filem "Kick 2" bergandingan dengan aktor Salman Khan.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: Pinkvilla)