Setelah lebih sedekad berjaya mengukuhkan nama dalam industri perfileman Bollywood, aktres Jacqueline Fernandez kini mencuri perhatian penerbit di Hollywood.
Memetik laporan dari Bollywood Hungama, Jacqueline telah ditawarkan untuk membintangi sebuah filem antologi berjudul "Women's Stories", yang terbahagi kepada enam bahagian.
"Filem itu mempunyai enam bahagian, diarahkan oleh pengarah-pengarah wanita dari seluruh dunia. Penggambaran akan dijalankan di Itali, India dan Amerika Syarikat.
"Ia akan menampilkan pelbagai genre dari drama, komedi, doku-drama dan animasi. Semua pelakon filem ini adalah wanita," dedah sumber.
Sehubungan dengan itu, Jacqueline dipilih untuk membintangi segmen "Sharing a Ride" bersama model 'transgender' Anjali Lama, yang akan diarahkan oleh Leena Yadav.
Selain Jacqueline, "Women's Stories" turut dibintangi barisan pelakon wanita Hollywood seperti Cara Delevingne, Eva Longoria, Margherita Buy, Marcia Gay Harden, Jasmine Luv dan Leonor Varela.
"Women's Stories" diterbitkan oleh syarikat produksi Iervolino Entertainment dengan kerjasama syarikat produksi bukan berasaskan keuntungan We Do It Together, yang menganjurkan kempen kesaksamaan jantina.
Dalam perkembangan lain, Jacqueline mempunyai beberapa lagi projek terbaru dalam tangan, termasuk filem John Abraham "Attack", filem Akshay Kumar "Bachchan Pandey" dan filem komedi seram "Bhoot Police".
(Sumber foto: Reddit, Harper's Bazaar & The Sun)
Public Anonymous User
Wed Jan 27 2021

Dive into Vijay Antony vs. Vijay Antony!
Let's unravel the layers of the fantabulous music director, singer, actor, producer – the man of many hats!
Day 7 Highlights
Day 3 Highlights
Day 6 Highlights
Day 4 Highlights
Day 1 Highlights
Day 5 Highlights
Day 2 Highlights
Astro Ulagam Deepavali TVC
Life's most precious moments deserve to be celebrated and cherished.
When life moves at a rapid pace, our memories can fade like sunsets.
As the festival of Deepavali draws near, witness the heartfelt journey of a loving son who becomes his mother's guardian, carrying their precious memories through the shadows of Alzheimer's. Let this heartwarming story be a reminder of what truly matters during this joyful festival. #SemmeDeepavali #astroulagam
When life moves at a rapid pace, our memories can fade like sunsets.
As the festival of Deepavali draws near, witness the heartfelt journey of a loving son who becomes his mother's guardian, carrying their precious memories through the shadows of Alzheimer's. Let this heartwarming story be a reminder of what truly matters during this joyful festival. #SemmeDeepavali #astroulagam