Aktres yang sedang meningkat naik, Janhvi Kapoor, berpendapat industri perfileman perlu menghasilkan lebih banyak naskhah yang mengetengahkan watak gelap wanita supaya seiring dengan peredaran zaman.
"Zaman semakin berubah, tetapi saya merasakan kita patut mengurangkan sedikit watak wanita yang baik dalam filem. Watak-watak yang mendedahkan sisi gelap wanita perlu diperbanyakkan lagi.
"Mungkin seperti "Kabir Singh" dan "Joker" versi wanita. Setakat ini, watak gelap wanita terbaik saya pernah lihat adalah Kalyani yang dilakonkan oleh Nutan Behl dalam filem "Bandini"," ujarnya yang dipetik dari Hindustan Times.
Dalam pada itu, Janhvi turut berkongsikan pengalaman manisnya sepanjang berkecimpung dalam dunia lakonan sejak membuat debut menerusi filem "Dhadak" bersama aktor yang juga teman lelakinya, Ishaan Khatter.
Menurut Janhvi, dia berasa gembira kerana berpeluang untuk beraksi di hadapan kamera selain dapat melancong dan menimba pengalaman baru dalam kerjaya lakonannya.
Sebagai seorang pelakon, anak kepada mendiang primadona Sridevi itu berkata dia perlu sentiasa bersikap terbuka dan bersemangat kerana lakonan terbaik sering berlaku secara spontan dan tidak dirancang.
"Dalam erti kata lain, saya percaya bahawa kami sebagai pelakon menggalas tanggungjawab dalam menyampaikan hasil usaha setiap individu yang bekerja di set penggambaran, daripada pengarah hinggalah kru pembantu," tambahnya lagi.
Janhvi akan kembali ke layar perak menerusi beberapa buah filem baru seperti "The Kargil Girl", "Roohi Afza" dan filem terbitan bapanya, Boney Kapoor, berjudul "Bombay Girl".
(Sumber foto: Charmboard)
(Sumber artikel: Hindustan Times)
Tue Oct 15 2019


Five Kollywood Celebrities Who Got Hitched During the Lockdown!
Here are five celebrities who tied the knot during the lockdown and went viral on social media!

Why These Villagers Can't Forgive Lord Hanuman?
There's a group of villagers in the Uttarakhand Himalayas who refuse to place Lord Hanuman's idol in their temples.

The Science Behind Vaastu Shastra and Why It's Important
What is Vaastu Shastra about and how is it applied in the real world?

Khushbu's Eldest Daughter to Become an Actress, But...
Actress Khushbu and director Sundar C's eldest daughter Avanthika plan to pursue an acting career, but her parents won't be launching her!

Join "Baba's & U Enggal Insta Chef" Contest & Stand A Chance To Win Up To RM10,000 Grand Prize!
Participate in the "Baba's & U Enggal Insta Chef" monthly contest by uploading your cooking video on social media and be in the running to win RM1,000 monthly cash prize and RM10,000 grand prize!

Five Actresses Who've Shared Their Struggles with Mental Health!
Check out these five Kollywood actresses who were bold enough to break through celebrity boundaries and open up about their mental health!

Rap Porkalam is Back; Bigger, Better, Bolder!
The second season of local Tamil rap competition Rap Porkalam is back - bigger, better, bolder! Catch the premiere on June 4, 9pm on Astro Vinmeen (CH202).

Isaignani Ilayaraja Composes Title Track for Stranger Things Season 4!
Isaignani Ilayaraja scores the theme music of Stranger Things S4, in partnership with Netflix India!
.png?ext=.png)
Tasty Maracurry Mess Recipes Fresh from The Pot!
Maracurry Mess is a show airing on Astro Vaanavil (Ch201), featuring renowned local chef Rajesh Subramaniam whipping up delicious vegetarian dishes.

Man Sentenced to 10 Years' Jail for Driving Wife to Suicide Over Dowry
A court in Kerala, India, has sentenced a man to 10 years in jail for harassing and abusing his wife over dowry, which ultimately resulted in the woman's suicide.