Selepas pelaksanaan Perintah Berkurung di India semakin dilonggarkan, kini filem John Abraham "Satyameva Jayate 2" pula yang akan memulakan penggambarannya antara akhir Julai atau awal Ogos depan.
Menurut pengarah Milap Zaveri, penggambaran filemnya akan bermula sebaik sahaja John selesai menjalani penggambaran filem "Mumbai Saga" pada bulan depan.
"Kami merancang untuk mula penggambaran secepat mungkin. Kumpulan produksi sedang membuat persiapan untuk mengambil segala langkah berjaga-jaga dan mengikut semua peraturan.
"Kami yakin yang semuanya akan berjalan lancar terutamanya kerana kami akan mengambil langkah berjaga-jaga.
"Kmai semua perlu belajar untuk menjalani kehidupan seharian bersama virus itu sekarang. John kini sudah bersedia untuk mula penggambaran," ujarnya yang dipetik dari The Indian Express.
Reunited with my Hulk, my Hero, my Ram, my @TheJohnAbraham after 3 months! ❤️? #SatyamevaJayate2 on the way! ? @iamDivyaKhosla @itsBhushanKumar @nikkhiladvani @monishaadvani @madhubhojwani @TSeries @EmmayEntertain pic.twitter.com/3YFW5Hc58z
- Milap (@zmilap) June 16, 2020
Tahun lalu, Milap telah melancarkan dua poster pertama filem itu yang menampilkan John bersama aktres gandingannya, Divya Khosla Kumar, bertemakan patriostisme berserta bendera India.
Selain John dan Divya, "Satyameva Jayate 2" turut menampilkan Manoj Bajpayee, Nora Fatehi dan Daya Shankar Pandey. Ia dijangka rilis pada 2 Oktober 2020 bersempena perayaan Gandhi Jayanti.
(Sumber: The Indian Express)
(Sumber foto: Eastern Eye)