Sudah sedia maklum bahawa aktor John Abraham bakal menerbitkan sebuah filem bertemakan drama komedi kekeluargaan atas kerjasamanya dengan penerbit Bhushan Kumar dan Nikkhil Advani.

Menerusi laporan terbaru, John akan membuat penampilan cameo menerusi filemnya yang diterajui oleh Arjun Kapoor bersama Rakul Preet Singh itu, seperti mana yang diminta oleh Bhushan dan Nikkhil.

"Selain Arjun dan Rakul, Kumud Mishra dan Neena Gupta juga mempunyai peranan penting dalam filem arahan Kaashvie Nair ini.

"John dipilih untuk membintangi watak Kumud ketika muda yang ditampilkan dalam salah satu babak 'flashback'.

"Buat masa ini pihak produksi sedang mencari aktres baru untuk membawa watak muda bagi Neena. Selepas tamat penggambaran "Satyameva Jayate 2", John akan menjalani penggambaran babaknya bagi filem ini," dedah satu sumber yang dipetik dari Mid-Day.

Sementara itu, Arjun dan Rakul telah pun memulakan penggambaran filem di Mumbai dan Punjab. Sebelumnya, mereka turut dilaporkan untuk meneruskan penggambaran seterusnya di Los Angeles.

Walau bagaimanapun, buat masa ini para pembikin masih belum menetapkan judul dan tarikh tayangan bagi filem berkenaan.

Menurut Bhushan, filem itu berkait dengan pengalaman hidup seharian serta hubungan bersama keluarga dan dia menjanjikan bahawa para penonton bakal terhibur dengan filem tersebut.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.
(Sumber foto: Bruna Cat)
(Sumber artikel: Mid-Day)