Selepas menjayakan filem "Batla House" dan "Pagalpanti" tahun lalu, bintang Bollywood John Abraham sudah bersedia untuk kembali beraksi dalam filem pertamanya bersama 'Bashah of Bollywood' Shah Rukh Khan iaitu "Pathan".
Memandangkan filem-filem yang dibintanginya sebelum ini seringkali mendapat kutipan pecah panggung, maka tidak hairan jika John menuntut bayaran yang agak tinggi untuk filem terbitan syarikat produksi Yash Raj Films (YRF) itu.
Difahamkan aktor yang berusia 48 tahun itu telah pun menuntut bayaran sebanyak Rs. 20 Crore, iaitu bersamaan dengan RM11,181,702.51.
"John kini berada di kemuncak kejayaan kariernya apabila filem-filem solonya pecah panggung. Dia telah membuktikan nilainya untuk membawa filem-filem sebegitu, maka dia naikkan kadar bayarannya untuk filem YRF.
"John akan menerima bayaran sebanyak Rs. 20 Crore untuk filem yang padat dengan aksi ini dan akan terlibat dengan penggambaran selama lebih 60 hari, di mana dia akan menjayakan watak antagonis," dedah sumber yang dipetik dari Bollywood Hungama.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, penggambaran filem "Pathan" akan bermula pada penghujung November ini dengan babak-babak solo Shah Rukh Khan.
Walau bagaimanapun, John akan memulakan penggambaran filem itu pada Januari 2021 memandangkan buat masa ini dia masih terikat dengan penggambaran "Satyameva Jayate 2", dan kemudiannya "Ek Villain 2".
Turut menyertai John pada Januari depan adalah aktres terkenal, Deepika Padukone yang turut menggalas watak utama dalam filem tersebut.
Dalam perkembangan lain, John akan muncul dalam filem gangster "Mumbai Saga" arahan Sanjay Gupta dan filem aksi thriller "Attack" arahan Lakshya Raj Anand.
(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: John Abraham Instagram)
Public Anonymous User
Fri Nov 06 2020


Dhee Full Interview I Saravedi Talk

Manmadha Bullets Reloaded I Episode 2

Exclusive Interview with Krish I Saravedi Night

Manmantha Bullets Reloaded I Episode 1

Bhagyalakshmi @ Suchitra I Full Interview I Saravedi Talk

Dato' Sri Siti Nurhaliza I Exclusive Interview | Astro Ulagam

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 4
Grab your murukku because Mama is about to make a shocking discovery.