Tidak dapat dinafikan bahawa COVID-19 telah merosakkan rancangan percutian impian anda sepanjang tahun ini. Sudahlah tak dapat melancong, terpaksa mengkuarantinkan diri di rumah pula.

Walaupun rancangan percutian terpaksa dibatalkan, tetapi anda masih boleh pergi melancong di pelbagai tempat menarik di seluruh dunia! Dengan adanya teknologi yang semakin maju, kini semuanya berada di skrin hadapan anda.

Kewujudan 'virtual tour' membolehkan anda pergi melancong dengan duduk di rumah sahaja. Jadi di sini kami ingin senaraikan 'virtual tour' lima tempat menarik yang selalunya tergolong di dalam 'bucket list' setiap pelancong!

Taj Mahal, India

(Sumber foto: Smithsonian Magazine)

Impikan percutian romantik di monumen yang menjadi saksi kisah cinta Shah Jahan dan Mumtaz? Tak perlu ke India kerana kini anda boleh terokai kawasan di luar Taj Mahal secara virtual! Bolehlah cuci mata di taman charbagh yang terletak di pintu masuk utama dan Sungai Yamuna bersebelahan Taj Mahal.

Jom lawat Taj Mahal di sini!

Tembok Besar China, China

(Sumber foto: Times of India)

Setelah puas cuci mata di Taj Mahal, ayuh ke Beijing untuk 'bersiar-siar' di Tembok Besar China yang seluas mata memandang. Binaan kebanggaan negara China ini semestinya wajib berada dalam 'bucket list' pelancong. Peta interaktif ini akan membawa anda dalam lawatan berjalan kaki sejauh 5000 km!

Sedia untuk mulakan ekspedisi ke Tembok Besar China di sini!

Istana Buckingham, United Kingdom

(Sumber foto: Town & Country Magazine)

Sudah lama bermimpi untuk menjejakkan kaki ke Istana Buckingham di London? Jangan risau, sertai lawatan virtual ke istana Ratu Victoria ini untuk mendapat akses eksklusif di White Drawing Room, Blue Drawing Room, Throne Room dan Grand Staircase. Kalau bertuah, anda mungkin dapat jumpa mesin juruwang automatik bank Coutts & Co. yang terletak di salah sebuah bilik bawah tanah istana ini.

Nikmati lawatan virtual diraja Istana Buckingham di sini!

El Capitan, Amerika Syarikat

(Sumber foto: Britannica)

Nikmati 'virtual tour' versi 'outdoor' untuk menikmati keindahan alam semula jadi di Taman Negara Yosemite, California. Di sinilah terletaknya tarikan utama iaitu El Capitan (El Cap), gunung berbatu granit yang terkenal dalam kalangan pendaki gunung. Melalui 'virtual tour' ini, tak perlulah nak berpenat lelah untuk mendaki El Capitan.

Mari cuci mata dengan keindahan Lembah Yosemite di sini!

Taman Negara Yellowstone, Amerika Syarikat

(Sumber foto: North South Travel)

Satu lagi lokasi buat pelancong yang gemar makan angin versi 'outdoor' ialah taman negara pertama di dunia iaitu Taman Negara Yellowstone, Wyoming. Kawasan taman negara ini terbentuk oleh aktiviti gunung berapi pada berjuta-juta tahun dahulu. Antara tarikannya ialah Dragon's Mouth Spring, Canary Spring, Grand Canyon, Mud Volcano dan banyak lagi!

Ikuti pengembaraan di Taman Negara Yellowstone di sini!