Sebagai tanda penghargaan buat mendiang Sridevi, bintang popular Bolllywood Kajol telah menulis kata-kata pengantar bagi buku biografi yang diterbitkan khas buat aktres tersebut.

Diberi judul "Sridevi: The Eternal Screen Goddess", buku tersebut ditulis oleh Satyarth Nayak dan diterbitkan oleh syarikat penerbitan Penguin Random House. .

Seperti yang dilaporkan, buku itu diterbitkan selepas mendapat kelulusan daripada suami Sridevi yang juga seorang penerbit juga aktor, Boney Kapoor. .

"Saya membesar melihat zaman kegemilangan Sridevi di set penggambaran filem serta di layar lebar. Dia merupakan contoh bagi lakonan dan akan selama-lamanya menjadi ikon yang paling saya minati. .

"Saya sangat berbesar hati kerana Penguin memberi saya peluang untuk menulis kata-kata pengantar ini," ujar Kajol yang dipetik dari laporan dari The Indian Express. .

Di samping itu, Kajol yang popular menerusi filem "Dilwale" bersama Shah Rukh Khan berharap, buku tersebut akan dihargai oleh para peminat Sridevi dari seluruh dunia. .

Dalam pada itu, Nayak memberitahu Kajol adalah calon paling sesuai untuk memberi 'tribute' menerusi buku tersebut kerana aktres itu berpengalaman merasai kegemilangan Sridevi pada tahun 80-an dan 90-an. .

"Sridevi: The Eternal Screen Goddess" mengisahkan kegemilangan Sridevi selama lima dekad penglibatannya dalam industri filem Bollywood. Ia menceritakan kehidupannya sejak menjadi bintang kanak-kanak sehingga bergelar primadona dan lagenda filem India. .

Buku yang sebelumnya diberi judul "Sridevi: Girl Woman Superstar" itu turut mengandungi akses eksklusif keluarga, rakan-rakan serta rakan selebriti kepada mendiang aktres tersebut. .

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Alpherald)
(Sumber artikel: The Indian Express)