Menurut Kajol, biarpun teruja untuk membuat debut di portal penstriman video, namun apa yang membuatnya tertarik untuk membintangi filem itu adalah kerana skrip yang bagus.

"Kriteria saya adalah skrip filem haruslah bagus, tidak kira platform apa yang digunakan untuk menayangkannya. Jika ia akan ditayangkan di pawagam, saya masih akan membintanginya.

"Walau bagaimanapun, kita sekarang berada dalam era digital. Bagi seseorang aktor, ini adalah peluang terbaik untuk memperkembangkan karier. Portal penstriman video adalah salah satu platform yang bagus.

"Ia menampilkan karya-karya seseorang yang mungkin tidak akan ditayangkan di pawagam. Kita mempunyai pilihan yang lebih banyak dan penonton yang lebih ramai dari serata dunia," ujarnya yang dipetik dari Mid-Day.

Filem yang ditaja oleh Ajay itu turut dibintangi oleh Mithila Palkar dan Tanvi Azmi, yang baru selesai menjalani penggambaran filem tersebut. Ia berkisar mengenai tiga wanita yang berbeza generasi.

Dalam pada itu, Kajol turut meluahkan rasa teruja apabila mendapat tahu filem ini boleh ditonton di serata dunia serentak pada hari yang sama menerusi Netflix.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Kajol Instagram)
(Sumber artikel: Mid-Day)