Selain terkenal dengan filem-filem ikonik Bollywood, bintang jelita Kajol juga pernah mencuri perhatian ramai apabila dia mengumumkan perkahwinan bersama penerbit dan aktor Ajay Devgn..

Bibit-bibit percintaan antara dua bintang itu mula timbul sejak tahun 1995, di mana mereka sering digandingkan dalam pelbagai filem, termasuk filem arahan Prakash Jha, “Dil Kya Kare” (1999). Bagaimanapun, keluarga Kajol pada asalnya tidak bersetuju dengan keputusannya untuk berkahwin dengan Ajay kerana berpendapat dia terlalu muda untuk berkahwin pada usia 24 tahun.

Malah bapanya, Shomu Mukherjee, menasihatkan Kajol supaya memberi tumpuan pada kerjayanya yang ketika itu masih sedang berkembang.

“Bapa saya melarang saya untuk berkahwin pada usia 24 tahun. Dia rasa saya perlu bekerja lebih keras sebelum mengikat sebarang pertalian. Ibu pula adalah penyokong setia saya dan menyuruh saya teruskan perancangan itu.

“Saya sangat bertuah kerana orang-orang di sekeliling saya sering mempertahankan saya. Jadi, saya buat apa yang saya perlu buat.

“Saya tak perlu berdepan patriarki, atau mungkin berdepannya tanpa saya sedari, sebabnya saya kadangkala tak sedar dengan situasi tertentu,” katanya yang dipetik dari Filmfare.

Kajol dan Ajay disatukan sebagai suami isteri pada 24 Februari 1999 dalam sebuah majlis ringkas yang diadakan di kediaman Ajay di Juhu, India. Majlis itu dihadiri keluarga dan kenalan rapat.Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nysa Devgan dan Yug Devgan.

Beralih ke perkembangan lain, Kajol kini dilihat berlakon adalah dalam filem “Tribhanga” yang ditayangkan di sebuah platform penstriman video pada 15 Januari.

(Sumber foto: XYZ News)