Jika sebelum ini isu gangguan terhadap pelakon-pelakon wanita sering timbul di set penggambaran filem, kini aktres Kajol meluahkan rasa lega apabila isu itu semakin dititikberatkan oleh semua pihak.
"Buat masa ini, suasana di set penggambaran boleh dikatakan selamat. Pihak produksi dan pihak lain bekerjasama untuk mengendalikan sebarang aduan yang dilaporkan.
"Set penggambaran tidaklah sebesar mana dan semua orang tahu perkara sebegitu akan terjadi. Namun kami mempunyai polis yang mengawal orang luar untuk keluar masuk.
"Setiap syarikat produksi perlulah bertanggungjawab dan melakukan sesuatu untuk menangani isu sebegini," jelas Kajol seperti yang dilaporkan New Indian Express.
Dalam perkembangan lain, filem pendek lakonan Kajol berjudul "Devi" yang ditayangkan baru-baru ini telah menerima sambutan baik dan berjaya menyentuh hati para penonton.
Filem pendek arahan Priyanka Banerjee itu berkisarkan tentang sembilan orang wanita berbeza latar belakang tetapi masing-masing berdepan masalah yang sama.
Selain Kajol, filem itu turut dibintangi Shruti Haasan, Neha Dhupia, Neena Kulkarni, Mukta Barve, Shivani Raghuvanshi, Yashaswini Dayama, Sandhya Mhatre dan Rama Joshi.
Berdurasi 13 minit, filem pendek terbitan Electric Apples Entertainment itu kini boleh ditonton di saluran YouTube.
(Sumber: New Indian Express)
(Sumber foto: Kajol Instagram)
Public Anonymous User
Thu Apr 02 2020

Unna Vida | Aadhira | Theme Song
A heartwarming song that beautifully captures the soul of the series Aadhira.
Let the melody take you through the emotional journey of a woman’s strength, resilience, and hope.
🎶 Music Composer: Neroshen Thanaseharan
✍🏼 Lyrics: Oviya Oommapathy
🎤 Singers: Deena Dakshini, Shan, Yasmin JK
Don’t miss Aadhira, premiering 14 July at 9PM on Astro Vinmeen (Ch 202).
Also available on Astro GO, On Demand, and sooka.
Let the melody take you through the emotional journey of a woman’s strength, resilience, and hope.
🎶 Music Composer: Neroshen Thanaseharan
✍🏼 Lyrics: Oviya Oommapathy
🎤 Singers: Deena Dakshini, Shan, Yasmin JK
Don’t miss Aadhira, premiering 14 July at 9PM on Astro Vinmeen (Ch 202).
Also available on Astro GO, On Demand, and sooka.