Fatima Sana tidak berdepan sebarang masalah sepanjang penggambaran berlangsung.

Jika sebelum aktres Fatima Sana Shaikh sering menjayakan watak sebagai heroin hebat dan jelita, namun dalam filem terbarunya yang masih belum mempunyai judul itu, akan menyaksikan buat pertama kali dia akan menjayakan watak wanita biasa.

"Ini merupakan kali pertama saya membawa watak wanita biasa yang hanya mengenakan pakaian sari berbanding watak-watak yang pernah saya bawa sebelum ini yang menuntut saya melakukan pelbagai aksi."

Menurut laporan dari Bollywood Hungama, walaupun filem arahan Anurag Basu itu belum mempunyai judul, namun penggambaran filem itu sudah pun selesai.

Dalam pada itu, aktres itu turut berkongsi pengalamannya sepanjang penggambaran filem itu berlangsung yang disifatkannya sebagai sangat menyenangkan dan lancar tanpa sebarang masalah.

Selain Fatima, filem jenayah antologi ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Rajkummar Rao, Abhishek Bachchan, Aditya Roy Kapur dan Sanya Malhotra.

Sementara itu, Fatima juga bakal muncul dengan sebuah lagi filem arahan Anurag Basu iaitu sebuah naskhah komedi yang bakal ditayangkan pada 13 Mac 2020.

(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: Fatima Sana Shaikh Instagram)