Pasukan Polis Simpanan Pusat India (CRPF) akan memberikan perlindungan kategori Y kepada aktres Bollywood Kangana Ranaut pada 9 September setelah dia mendakwa menerima pelbagai ugutan.
Ia susulan komen aktres bermulut lantang itu di media sosial yang membandingkan bandar Mumbai dengan Pakistan Occupied Kashmir (POK) sehingga membangkitkan kemarahan parti Shiv Sena.
Selain itu, dia turut menerima ugutan kerana mempersoalkan tentang penggunaan dadah dalam industri perfileman susulan kes kematian aktor Sushant Singh Rajput baru-baru ini.
Difahamkan ketua parti, Sanjay Raut, melarang Kangana untuk pulang ke Mumbai dan jika dia berbuat demikian, ketua-ketua wanita parti itu akan menamparnya, seperti yang dihebahkan di laman Twitter.
Menurut laporan dari Times of India, Perbadanan Perbandaran Brihanmumbai (BMC) menyatakan pihak mereka akan mengkuarantinkan aktres berkenaan di Mumbai selama seminggu, di bawah perlindungan anggota-anggota elit bersenjata.
Sehubungan dengan itu, Kangana yang berada di Himachal Pradesh, tampil memberi penghargaan kepada Menteri Dalam Negeri Amit Shah atas perlindungan yang akan diberikan apabila dia tiba di Mumbai.
"Ini adalah bukti bahawa tiada fasis yang boleh menghancurkan suara politik. Saya sangat berterima kasih kepada Amit Shah yang menasihatkan saya untuk melawat Mumbai selepas beberapa hari.
"Walau bagaimanapun, dia memegang kata-kata seorang wanita India dan memberi perlindungan kepada penghormatan diri dan maruah saya," ujar aktres filem "Panga" itu.
(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: Kangana Ranaut Twitter)
Public Anonymous User
Tue Sep 08 2020


Dhee Full Interview I Saravedi Talk

Manmadha Bullets Reloaded I Episode 2

Exclusive Interview with Krish I Saravedi Night

Manmantha Bullets Reloaded I Episode 1

Bhagyalakshmi @ Suchitra I Full Interview I Saravedi Talk

Dato' Sri Siti Nurhaliza I Exclusive Interview | Astro Ulagam

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 4
Grab your murukku because Mama is about to make a shocking discovery.