Aktres Kangana Ranaut bakal menjayakan watak Ketua Menteri Tamil Nadu, J. Jayalalithaa menerusi filem biografi "Thalaivi" arahan AL Vijay yang akan ditayangkan dalam versi Tamil, Telugu dan Hindi.

Baru-baru ini Kangana dilihat sedang sibuk mempersiapkan diri bagi watak itu, termasuk mempelajari bahasa Tamil dan mengikuti kelas Bharatnatyam selain menjalani sesi solekan prostetik.

Menurut Kangana, dia enggan memakai solekan yang terlalu tebal dan mengubah gaya rambut memandangkan dia ingin personalitinya kelihatan lebih asli.

Walau bagaimanapun, aktres yang pernah menerajui filem "Game Over" itu mengakui mempelajari bahasa Tamil merupakan satu cabaran buatnya dalam filem biografi tersebut.

"Saya berdepan kesukaran untuk mempelajari bahasa Tamil. Filem ini akan dirilis dalam Hindi dan Tamil, jadi kami akan membuat sesuatu tentangnya.

"Jelasnya saya perlu belajar dialog-dialog itu kerana Tamil bukan bahasa yang mudah. Sebelum ini, saya cuba untuk mempelajarinya kerana saya turut mempelajari bahasa Inggeris.

"Namun kini saya perlu mempelajarinya seperti yang dimahukan dalam skrip filem," ujarnya seperti yang dilaporkan menerusi Pinkvilla.

Sesi penggambaran filem "Thalaivi" telah pun bermula sejak 10 November (Isnin) dan dijangka akan ditayangkan pada tahun hadapan.

(Sumber foto: Nakshatra)
(Sumber artikel: Pinkvilla)