Jika sebilangan selebriti Bollywood mempromosikan filem mereka dengan mengadakan acara promosi, lain pula bagi aktres Kangana Ranaut dan kumpulan produksi filem sukan terbaru "Panga".

Seperti yang dilaporkan oleh Pinkvilla, Kangana membawakan wataknya dalam filem itu ke realiti sebagai seorang pekerja di kaunter tiket stesen keretapi seperti mana dilihat dalam treler filem.

Sehubungan dengan itu, Kangana telah meluangkan masa di stesen keretapi Victoria Terminus untuk menjual tiket kepada para penumpang pada Isnin.

Menerusi filem "Panga", selain membawa watak sebagai pekerja stesen keretapi, Kangana juga akan membawa watak seorang ibu yang juga atlet sukan Kabaddi bernama Jaya.

Sebelumnya, pengarah Ashwiny Iyer Tiwari telah mengumumkan bahawa filem "Panga" akan menemui penonton di pawagam bermula 24 Januari 2020.

Selain Kangana, filem itu juga menampilkan barisan pelakon seperti Richa Chadha, Neena Gupta, Jassie Gill dan ramai lagi.

Dalam perkembangan lain, Kangana akan dilihat menerusi filem biopik mengenai bekas Ketua Menteri Tamil Nadu iaitu J. Jayalalithaa yang berjudul "Thalaivi".

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Bollywood Charcha)
(Sumber artikel: Pinkvilla)