Pembikin filem tersohor Karan Johar mengumumkan bahawa dia bakal menghasilkan naskhah terbaru mengenai ketua perisik dan pengasas agensi Research and Analysis Wing (R&AW) Rameshwar Nath Rao.

"Kami membawakan kepada anda sebuah adaptasi dari buku nukilan Nitin A. Gokhale "R.N. Kao: Gentleman Spymaster" ke layar perak. Nantikan butiran lebih lanjut tidak lama lagi!

"Dharma Productions dan Still and Still Media Collective mempersembahkan sebuah kisah balik tabir kehidupan sebenar ketua perisik India - Rameshwar Nath Rao," tulisnya menerusi sebuah entri di laman Twitter.

Seperti yang dilaporkan menerusi Pinkvilla, Karan atau lebih dikenali sebagai KJo masih belum mengumumkan barisan pelakon dan tarikh tayangan bagi filem tersebut buat masa ini.

Sedikit maklumat mengenai R.N. Kao, beliau pernah berkhidmat sebagai ketua pengawal peribadi kepada Perdana Menteri Nehru dan penasihat keselamatan kepada Perdana Menteri Rajiv Gandhi.

Filem itu akan mengisahkan kehidupan sebenar R.N. Kao sebagai pengasas agensi R&AW dan bagaimana dia berjaya menceburi dunia perisikan antarabangsa.

Dalam perkembangan lain, KJo sedang sibuk menerbitkan tiga buah filem lain, "Gunjan Saxena: The Kargil Girl", "Bhoot: The Haunted Ship" dan "Sooryavanshi" yang bakal ditayangkan tahun ini.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Prokerala & Nitin A. Gokhale Twitter)
(Sumber artikel: Pinkvilla)