Pembikin filem terkenal Karan Johar dikatakan bakal menerbitkan filem "Student of the Year 3" yang juga merupakan filem ketiga dari francais pecah panggung "Student of the Year".

Sehubungan dengan itu, laporan dari Bollywood Bubble menyatakan Karan akan memperkenalkan anak kepada bintang Shah Rukh Khan, Suhana, dan bekas peserta program "Bigg Boss 13" Asim Riaz sebagai peneraju utama filem tersebut.

Sebelumnya, Shah Rukh Khan pernah memberitahu bahawa Suhana akan mula menceburi bidang lakonan setelah menamatkan pengajiannya dalam kursus perfileman di Universiti New York, Amerika Syarikat.

Sementara itu, Asim pula pernah tampil sebagai watak kecil menerusi filem aksi komedi romantik "Main Tera Hero" arahan David Dhawan yang dibintangi oleh Varun Dhawan, Nargis Fakhri dan Ileana D'Cruz.

Menurut Asim yang bakal bekerjasama dengan penyanyi rap Bohemia bagi sebuah projek muzik, dia meminati genre aksi dan romantik namun masih belum menerima sebarang tawaran filem buat masa ini.

Walaupun difahamkan ramai yang menantikan gandingan dua wajah baru ini, namun berita mengenai filem tersebut masih belum disahkan secara rasmi daripada pihak Karan atau Dharma Productions.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber: Bollywood Bubble)
(Sumber foto: Suhana Khan Instagram, Huffington Post, Happy Shappy)