Ketika dunia Bollywood sedang meratapi kematian pelakon Sushant Singh Rajput, nama penerbit dan pengarah terkenal iaitu Karan Johar turut hangat diperkatakan apabila dia kini dikecam teruk oleh warganet yang mendakwa dia mengamalkan polisi nepotisme dalam produksi filemnya.
Kemarahan warganet telah menyaksikan Karan atau lebih dipanggil sebagai KJo telah kehilangan lebih sejuta pengikut di laman sosial Twitter dan Instagram miliknya.
Susulan itu, KJo juga telah mengambil pendekatannya sendirinya dengan bertindak 'unfollow' ramai di Twitter dan hanya mengikuti empat selebriti sahaja iaitu Shah Rukh Khan, Akshay Kumar, Amitabh Bachchan dan Perdana Menteri Narendra Modi serta akaun rasmi syarikat produksinya.
Selain dikecam teruk dan kehilangan jutaan pengikut, KJo bersama tujuh lagi selebriti lain antaranya Ekta Kapoor, Sanjay Leela Bhansali, dan Salman Khan kini berdepan tindakan undang-undang oleh seorang peguam iaitu Sudhir Kumar Ojha.
Peguam tersebut telah memfailkan kes di bawah Seksyen 306, 109, 504 dan 506 Kod Penal India (IPC) di sebuah mahkamah di Muzaffarpur, Bihar.
Menurut Sudhir, Sushant dikatakan telah dikeluarkan dari tujuh filem dan sesetengah filemnya tidak ditayangkan dan situasi itu dikatakan menjadi punca aktor itu melakukan tindakan bunuh diri.
Terdahulu, aktres terkenal Kangana Ranaut yang sering membangkitkan isu nepostisme dalam industri Bollywood telah membuka mata ramai pihak apabila menghasilkan video mengenai Sushant dan apa yang dihadapi oleh pendatang asing dalam industri.
(Sumber: Timesofindia)
(Sumber foto: Indiatv)
Public Anonymous User
Fri Jun 19 2020


Fun Chat with Tanesh & Joshua

Interview with Nila

Interview with Sri Nisha

Interview With Hari Priya

Fun Chat with Shantesh & Hasmita

Fun Chat with Actress Moonila

Footballl Discussion with Dhayalan

Interview with Denes & Magen

Interview With Arun

Kanna Murukku Thinna Aasaiya | Episode 5
What fate awaits Mama and the love-sick Jeeva? It’s time to find out!