Cemburu itu adalah lumrah manusia jadi tidak hairanlah jika bintang terkenal Kareena Kapoor mengakui dia juga berasa cemburu jika ada wanita lain yang berbual dengan suaminya yang juga aktor Saif Ali Khan.

Malah perkara itu juga dipersetujui oleh Saif yang menyatakan kedua-dua mereka mempunyai sifat cemburu yang kuat dalam perhubungan ketika disoal dalam satu sesi bual bicara secara langsung pada 2009.

"Saya rasa saya juga sama kerana saya jadi kuat cemburu jika ada wanita baik dan cantik sedang berbual dengan Saif," ujar aktres filem "Good Newwz" itu yang dipetik dari Filmibeat.

Cutest duo || @kareenakapoorkhan ?❤

A post shared by Kareena Kapoor Khan FC (@kareenakapoorteam) on

Baru-baru ini, pasangan selebriti itu telah menerima kecaman ramai setelah foto dan video mereka keluar bersiar-siar bersama anak lelaki mereka, Taimur, tular di media sosial.

Difahamkan mereka berada di Marine Drive, Mumbai, apabila pihak polis menasihatkan mereka supaya tidak keluar membawa Taimur dan dilihat segera pulang selepas itu.

Beralih ke perkembangan lain, Kareena bakal tampil dengan tiga filem baru iaitu "Dil Bechara", "Bunty Aur Babli 2" dan "Bhoot Police", sementara Saif pula dengan "Laal Singh Chaddha".

(Sumber: Filmibeat)
(Sumber foto: Pinterest)