Selepas membintangi pelbagai filem bergenre komedi, drama dan romantik, kini aktres terkenal Kareena Kapoor Khan memberitahu dia berkeinginan untuk berlakon dalam filem thriller.

"Saya sudah pun melibatkan diri dengan filem romantik, komedi dan drama. Jadi apa yang saya cari sekarang adalah sebuah filem thriller yang bagus.

"Saya tidak lagi menerima tawaran filem thriller sejak filem "Talaash" 2012. Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan Karan Johar sekali lagi untuk "Takht" selepas 20 tahun sejak "Kabhi Kushi Kabhie Gham..."," katanya yang dipetik dari Live Mint.

Dalam pada itu, Kareena turut mendedahkan faktor untuk dia terus kekal relevan dalam industri adalah menerusi kejujuran daripada orang-orang di sekelilingnya.

Menurut Kareena, penting bagi setiap aktor untuk mempunyai orang-orang yang mengingatkan mereka kepada realiti kehidupan sebenar untuk memperbaiki kelemahan atau kekurangan diri.

"Saya membuat keputusan untuk terus memperbaiki diri saya dan bekerja keras, yang mana ia adalah cara membuatkan orang ramai terus menyayangi dan menyokong saya," tambahnya lagi.

Selain "Takht", Kareena juga sedang sibuk mempromosikan filem komedi terbarunya "Good Newwz" bersama Akshay Kumar, Kiara Advani dan Diljit Dosanjh yang akan ditayangkan pada 27 Disember ini.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Filmy Today)
(Sumber artikel: Live Mint)